/>

I smoke one when
I want to,
So who the fuck are you
To stop me ?
"kekosongan"

Assalamualaikum . setelah sekian lama aku menyepi dari update blog usang nih , otak mati ku ini kembali berfungsi untuk menaip sekali lagi berkongsi cerita . sebelum cuti sabtu yang lepas , dua hari berturut aku telah 'cabut' dari sekolah . Khamis , habis sahaja kelas Bahasa Inggeris , semua menuju kekelas 4G untuk masuk kelas agama disana , baru sahaja aku melangkah kaki keluar dari pintu belakang kelas , Amir menerpah aku dari tepi dan memujuk aku agar temankannya keluar , terdetik sepuluh kali otakku mengatakan tidak , namun sifat malas dan mengantuk aku berjaya membantu pujukan rayuan amir agar aku ikutnya bersamasama keluar sekali . hari tuh kelihatan peluang agak cerah bagi kami berdua , pintu pagar terbuka luas , dan perjalanan keluar dari sekolah sama sekali amatlah selamat .

Jumaat , keesokannya rasa sangap hendak ponteng membuakbuak , seperti hari Jumaat yang lain sebelum sesi PMP dimulakan , disurau ada bacaan yasin . sedang yang lain sibuk menadah tangan mengAminkan doa pengetua , pengetua aku adalah Imam kedua diMasjid Batu 12 kapar , beralih kepada cerita , sedang semua sibuk mengAminkan doa beliau  tadi , aku dengan amir sibuk berbincang macam mana nak keluar lagi atau tidak . selesai bacaan yasin ada ceramah disurau . jadi kami semua berada disurau sehingga pukul 9:50a.m . aku dan amir amatlah malas nak masuk dalam kelas , yelah kelas kami berlainan cuma bersebelahan sahaja  , yeahh , kami berdua berlegarlegar di sekeliling sekolah hingga habis rehat tingkatan 3 . masuk waktu rehat tingkatan 4&5 kami berdua dah siap sedia nak keluar ikut pagar lagi , tapi malangnya pagar tutup dan berkunci .

Dengan rasa sabar dalam hati , kami berdua tunggu di belakang pondok pengawal menanti kehadiran Pelawat dari luar atau Ibubapa yang telah selesai urusannya keluar dari sekolah . lalu seorang makcik yang tak dapat dikenal pasti apa urusannya , mungkin anaknya terkucil dalam seluar atau apa sahaja kemungkinan dek kerana beliau membawa seluar sekolah . ouke , berbalik kepada kes pagar tadi , si makcik tadi tuh pun keluar ikut pagar kecil  , tapi malangnya makcik itu menutup semula pagar tadi . ouh , hiba rasa dihati , lalu aku dengan Amir nekad untuk terus pergi kepagar tersebut dan keluar . berdebar jantung dihati , mataku melilau  memerhatikan suasana keliling sama ada masih selamat atau tidak dan sambil perlahan kakiku berjalan menuju ke pagar bersama amir , tanpa fikir panjang kami berdua terus menuju ke pagar dan buka dan terus buka , "WOII MAHU PERGI MANA HA ?!!" jeritan uncle guard menjerit , yahh , gelabah didalam hati terus naik , pintu pagar dah terbuka , lalu aku dan Amir berlari menyeberangi jalan . destinasi kami ialah cc terdekat . sampai sini sahaja cerita ku pada harinih . okbye



.